ketika kita melihat dunia penuh dengan ramai insan-insan yg berjaya, kita tercari-cari apakah formula untuk berjaya. dan menjadi sikap saya utk bertanya orang-orang berjaya yang pernah saya temui - apa nasihat tuan untuk saya kalau mahu berjaya? jawapannya - Yakinla dengan dirimu. Yakinla dengan apa saja yang anda lakukan. Insya Allah, pasti berjaya.
bermula dengan langkah pertama, kita akan melalui proses kehidupan, jatuh bangun untuk berjaya. namun, fokus yang 'goal' atau matlamat kita akan memberikan kita lebih semangat atau keyakinan diri untuk mencapai apa yang diimpikan.pilih kawan dan persekitaran yang betul dan menggalakkan kita ke arah impian dan cita-cita kita kerana mereka umpama pemangkin ke arah hala tuju kita dengan lebih mudah.
langkah ke arah keyakinan diri :-
1) Kenali diri
1) Kenali diri
Perhatikan kekuatan dan kelemahan anda. Fokus pada kekuatan anda dan perhatikan antara faktor kelemahan yang boleh diperbaiki. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa.
2)Terima diri seadanya tanpa syarat.
2)Terima diri seadanya tanpa syarat.
Setiap kita mempunyai kelebihan masing. Jangan buang masa untuk membandingkan diri anda dengan orang lain. ia umpama menghina diri sendiri. Gunakan kelebihan anda sebaik-baiknya dan belajar untuk meningkatkan diri dari masa ke semasa.
3) Amalkan bual diri yang positif (Positive self affirmation)
Bersyukurla dan sentiasa membangkitkan semangat positif dalam diri anda. sematkan pada diri - Aku mampu lakukan! (I can do it!).Ulang beberapa banyak yang boleh. Semakin banyak anda ulang, semakin keyakinan diri tu datang dan sub conscious mind (Minda separa sedar) anda akan menerima pernyataan itu secara beransur-ansur dan mengaplikasinya secara natural.
4) Pilih kawan dan persekitaran yang positif dan membina
Kebanyakan orang berjaya adalah orang yang pemilih. Mereka memilih hanya kawan-kawan dan persekitaran yang positif dan membina ke arah kecemerlangan dan kejayaan mereka. hindarkan segala unsur-unsur negatif didalam dan diluar diri kita. Pilihla mentor yang berjaya untuk berjaya. mereka yang berjaya mempunyai cara hidup yang lebih relevan ke arah kejaayaan.
5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Setiap detik adalah beharga dan sebaik-baik kejayaan adalah dihargai oleh kita sendiri. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.
6) Imbas kembali semua kejayaan anda.

Bermeditasi adalah cara yang paling baik untuk menenangkan diri dan membina fokus sambil menyatakan self affirmation anda. Bayangkan apa saja yang anda impikan, secara terperinci. Rasakan dengan 'hidup' dan binalah suasana sepertimana yang anda kehendaki. Ulang sekerap yang mungkin. wujudkan gambar atau imej yang sentiasa anda nampak dan membina 'visual influence' kepada sub conscious mind anda. Otak menangkap imej lebih dari perkataan.
7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan.
7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan.
Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.
8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda .
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.
8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda .
Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi
9) Timbalah ilmu yang berkaitan dengan bidang yang anda usahakan.
Setiap perkara berkaitan memerlukan ilmu yang betul dan diusahakan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.
10) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas.
Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda. Setiap kejayaan memerlukan usaha tanpa mengenal putus asa. Yakinlah , usaha, dan anda pasti berjaya.

No comments:
Post a Comment