1) masa dalam pantang - ikutla segala pantang larang orang tua. walaupun agak menyeksa jiwa raga, tapi itu semua adalah pengalaman yg bermakna. minum air kunyit dalam 3 hari pertama tu penting utk keluarkan segala darah kotor dalam rahim dan memberikan kita kesihatan yg baik.
7 hari pertama pantang adalah yg paling crucial. dalam sepanjang tahun sebelum tu, kita dah puas jalan sesuka hati, dlm masa tu je la kalau nak jadi gadis melayu terakhir nak jalan slow melow. kalau terbuka jahitan tu, bukan org lain yg untung pun. makan segala rempah ratus dan jamu yg memanaskan badan dan menyembuhkan luka utk kembali ketatkan rahim dan barang antik awak tu. percayala, kesihatan perempuan bermula dgn rahim. kalau rahim tak sihat, msti badan tak sihat.
bila luka dah sembuh, pakaila bengkong. aku hairan dgn orang sekarang yg nak pakai bengkong yg panjang tu. ko tau tak, aku bukan orang jawa, tapi bila aku tgk org jawa pakai bengkong tu, aku rasa mmg kemas.dan makan segala apa yg boleh makan je dalam pantang.
aku tak paham ada sesetengah perempuan yg sengaja yg nak jadi moden sangatla kononnya, makan pulut dalam pantang. tak cuci barang antik tu dgn air garam dan daun sirih, tak makan benda panas. bila suruh minum jamu kata pahit, pedas, whatsoever excuse. sudahnya dah sakit sakit badan dalam pantang, maafla.. aku seriusly tak paham. apa yg susah sgt?? masa telan semua tu, tutupla hidung, bila dh telan tu, jgn lepaskan hidung tu lagi.. dah lama skit, baru lepas. takdela seksa sangat kan? aku pun tutup idung gak. tapi demi nak sihat.. why not???cantik tu cuma akan datang bila badan sihat. cantikke kalau muka pucat lesi?
alasan paling simple dia bagi.. tak tau. come on la. kita semua tak tau, tapi mesti ambil tau. bukan utk org lain, utk diri sendiri jugakkan...
susukan anak sendiri - itu rahsia utk cepat kurus.
jaga anak sendiri - penatnya tak payah cakapla. percayala.. walaupun penat, tapi aku rasa puas hati permata hati di depan mata. rasa bahagia. malah lebih bahagia daripada detik perkahwinan. kebahagiaan merenung wajahnya yg comel tidur lena tiada tolok bandingnya.
the rest of the day - sekali sekala (macam setahun sekali je, itupun kalau ada) aku pegi jogging. yang lain, makan vitamin especially B complex sebab aku ni penat sangat jaga anak dan bekerja dan kalau teringat aku minum pati haruan dengan ginseng bila perut rasa sebu dan badan rasa tak larat sangat. yang lain . takdela sangat. muka, paling penting cuci muka dgn pencuci gel sbb kalau pakai foam nnti liang muka tertutup, itu kata salesgirl yg jual gel cleansing kat aku. kalau dia tipu, aku tipula jugak. sekali sekala rendam kaki dlm air panas suam tambah garam utk cuci kaki. sekali sekala sental apricot skrub kat muka bagi clear sikit muka, dan satu perangai yg aku tak leh tahan - picit jerawat. jarangla aku ada jerawat sbb abis aku kerjakan jerawat tu. takdela, aku wapkan muka aku smbil masak nasi (cara paling malas la tu), jadi esoknya jerawat mesti tak berani naik lagi... so.. aku ni takdela dikategorikan rajin sangat jaga badan, tapi yang mudah dan simple dan... kalau ingat je la.. hehe...
apapun, bersyukurla dengan apa yang ada.
satu pesanan pada semua wanita, jagalah kesihatan kita. sebab tubuh badan yg sihat akan menjadikan segala aktiviti kita hebat dan melahirkan anak yang sihat. ambil tahu kenapa pentingnya ujian darah sebelum perkahwinan sbb selain ujian HIV, kita juga mempunyai ujian talasemia demi memastikan segala keturunan dan generasi kita seterusnya adalah sihat. bukan sesaje je undang2 tu diwajibkan, dan ianya utk kebaikan kita sendiri. kalau anak dah cacat, kita juga yg susah. memangla kita mampu merancang, Tuhan yg menentukan. Kalau kita sudah mengambil langkah berjaga2, dan masih berlaku kekurangan, itulah dugaan. tapi sekurang kuranganya kita puas hati sebab kita dh memastikan yg terbaik utk diri kita dan keluarga.
No comments:
Post a Comment