Welcome to my blog

Welcome to my blog

Monday, 21 March 2011

pantang bersalin

dlm kegembiraan menerima orang baru dalam keluarga aku, satu perkara yg buat aku tak berapa nak best ialah berpantang. walaubagaimanapun aku bernekad utk ikut segala pantang larang demi kebaikan aku jugak. bukan selalu kena berpantang kan. malah ini kali pertama dan tak tau lagi bila yg kedua. so, aku belajar jadi ibu dan anak yg baik semasa berpantang..

sampai di rumah mak aku, mak aku sibuk carikan daun dan segala keperluan utk aku mandi dan makan. byk kerja yg perlua disediakan. tapi semangat seorang ibu demi anak tersayang, dia sibuk kesana kemari tanpa rasa penat. Terima kasih ibu. kasih sayangmu tiada gantinya. dan sekarang aku sendiri sudah bergelar ibu. rasa bahagia dan terasa damai jauh di lubuk hati, terasa syahdu dan insaf bila tgk ibu bila mengenangkan semula segala sikapku yg tak begitu pandai mengambil hati orang tua. andai boleh diputarkan waktu, aku hanya berharap aku jadi anak yg berjasa kepada kedua ibu bapaku.

keadaan aku? frankly speaking, nak baring cukup seksa. yela, tulang punggung aku rasa sakit. so, nk baring telentang, sakit, nak mengiring mak aku tak bagi, bila aku letak bantal tinggi sikit kat belakang aku, mak bising. dia kata nnti aku tekan peranakan ke bawah. memang betul tu. nnti kalau peranakan jatuh, aku juga yg susah. maka dengan segala tak selesa, aku baringla setakat mana yg mampu. bab baby, mak aku handle 100%. tapi yg bestnya.. bab makan aku paling suka. mak buatkan ikan bakar, pegaga bwg putih yg sedap tu. pilihan makanan dlm pantang. bila aku takde susu badan, mak masakkan lobak putih. sawi masak air je, mcm2 la jugak, termasuk ikan cencaru bakar, most of it, ikan bakar...

dlm mggu pertama, mmg seksa bukan main nak bergerak. takut jahitan terbuka. tapi bila nurse dtg check, luka dah sembuh, itupun aku masih takut2 nak bergerak. mulai mggu ke 2 aku mula pakai bengkong yang panjangnya 10 meter dililit seluruh paha dan perut. mmg best rasa pakai bengkong. kemas dan jalan pun dah ala2 org jepun gitu. masa tu aku pakai minyak hijau cap akar. panas gila minyak tu. setiap kali aku sapu ke perut, mmg aku rasa nak melompat. panas, tapi disebabkan nak cepat kempis perut aku tu, aku bertahan jugak. sejak aku bersalin, mak aku belum urut perut aku lagi. dia cuma urut badan je. bila sampai nak urut perut, mesti aku tak bagi. aku geli!!!!!!!!!!!!! memang dari dulu aku tak tahan orang sentuh perut aku. sampai peranakan aku terpaksa dinaikkan sendiri. mak aku ajar camana nak naikkan rahim. sakit tapi kalau org lain yg buat, mesti sakit dan geli.. seb baik mak aku bidan. kalau tak, abisla mak bidan marah aku.



ramainya org dtg melawat baby. murah rezeki baby dgn pemberian hadiah dan wang ringgit orang sedekahkan. dalam 7 hari pertama, terjadi peristiwa yg aku takkan lupa sampai bila2. dalam leka aku melayan sms ucapan tahniah dari kawan2 atas kehadiran org baru, aku menyusukan baby di atas riba. selepas disendawakan, aku baringkan baby di atas riba. entah macam mana, tiba2 dia tersedak susu. aku terus hulurkan baby pada mak. mak dah tepuk2 belakang baby, tapi takde respon. dan... tiba2 kepala baby dah terlentok. Astaghfirullahaladzim... aku betul2 tak tau nak buat apa. dlm masa tu mak aku dh menangis sbb baby dh tak bernafas. dlm masa tu, mak bawa baby ke ruang tamu kepada ayahku. masa tula, baby tiba2 membuka mata dan tersenyum. Ya Allah.. aku tak tau apa nak kata. baby yg tersenyum terus aku cium. kami semua terperanjat. sepanjang mlm aku tak tido menjaga baby.

No comments:

Post a Comment