u know what.. aku ni dah terbiasa sangat dengan kehidupan masyarakat Cina. bukan sebab aku ni Cina tapi mungkin aku dah terbiasa dan serasi dengan diorang. bukan bermaksud aku ikut cara hidup diorang, alloooo.. aku tak pernah minum arak atau masuk nite club ok.... forget it.. kalau nak buat jahat, apapun jadi. so sape yg minum arak atau masuk nite club bukan hal aku dan aku tak pernah ambil pusing dgn diorang. itu hak masing2...
perasan tak, dalam beberapa perkara, terdapat perbezaan 'tak apa' pada org melayu dan totally tak boleh pada orang Cina. bukan niat aku nak melagakan budaya ek. jgn salah faham. kita hormati setiap bangsa punya cara hidup dan budaya. betul tak betul itu pilihan masing2.
ok, berbalik pada perbezaan tadi :-
1) Topi Hijau
Bagi kita orang melayu berpakaian hijau adalah mengikut sunnah nabi Muhammad SAW,tapi bagi orang cina mereka amat pantang jika bertopi hijau.Ini kerana bagi seorang lelaki yang bertopi hijau di anggap simbol bagi seorang suami yang "dayus".Isteri si suami di tiduri lelaki lain,pernah saya bertanya lagi kenapa?Menurut mereka kepercayaan lama tok nenek mereka di Tanah Besar China lagi.Jadi amat pantang bagi seorang lelaki cina bertopi hijau.Selain itu warna merah adalah warna kesukaan mereka yang membawa maksud "ong","ang ang bo hai lang"atau tuah.Begitu juga seperti kita sedia maklum warna hitam cuba di hindari mereka kerana warna ini adalah warna berkabung pada mereka.
2) No 4
Nombor 4 dalam masyarakat cina adalah satu pantang .Mereka amat pantang kerana nombor ini membawa maksud "sei" atau mati bagi kaum cina.Jika nombor tersebut 44 bermaksud "mati dan mati" begitulah seterusnya.Jadi mereka tidak akan membeli kereta atau rumah yang bernombor sedemikian.Ada lagi nombor yang tidak berapa di sukai mereka yang membawa maksud agak lucu pada saya.Contohnya 69 yang membawa maksud "lok kau" atau "lan**u" yakni dalam bahasa melayu bermaksud kemaluan lelaki.Begitu juga no 48 yang membawa maksud "sei fatt" yakni dalam bahasa melayu bermaksud punggung.Bagi masyarakat melayu yang beragama islam,perkara tentang nombor ini janganlah di jadikan ikutan kita kerana bimbang akan membawa kepada syirik.
3) Hamka
3) Hamka
Kita semua sedia maklum HAMKA yang terkenal adalah Haji Abdul Malik Karim Amrullah yakni seorang sasterawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik.Masyarakat cina amat pantang tentang nama ini.Jangan "simply" panggil orang cina dengan panggilan "HAMKA CHAN" ianya membawa maksud "pergi mati anda sekeluarga".Jika salah orang mungkin anda di tumbuknya..he he.Ini membawa maksud anda menyumpah mereka sekeluarga agar di timpa bencana.
the moral of the story...
tak kisahla apapun pandangan orang, bukan kita nak kepochi ke nak kata itu tak baik, ini je yang baik ke.. bukan.. cuma sebagai panduan. nanti takdela kita rasa marah kalau kita tiba2 lebam biji mata semata2 kita tak tau pantang larang orang.
kiranya aku dah selamatkan mata kau dari lebam... cepat belanja aku nescafe ais...
No comments:
Post a Comment