teringat zaman kecik-kecik aku dulu..
sejujurnya, masa sekolah dulu, aku ni seorang yang agak kasar.atau lebih tepat lagi LASAK. bukan dari segi perkataan, cuma dari segi perlakuan. MUNGKIN disebabkan oleh aku satu-satunya anak perempuan yang tinggal bersama keluarga. aku ada kakak, tapi dia tinggal dengan nenek di kampung. sikap aku yang kasar, takde feminin langsung. heii.. malu nak ngaku perempuan. lasak cam budak jantan. panjat pokok sana sini, naik basikal laju2. jatuh basikal perkara biasa. dah besar skit, jatuh motor pun pernah. aku tak main pondok2 macam budak-budak perempuan.
kalau aku dah penat, aku dgn geng aku lagi 2 orang, Ne dan Nor. kitorang buat khemah. Abis batang ubi kayu mak aku, aku patahkan. pastu nak senang kan, cucuk je batang ubi kayu tu kat pokok pisang. pokok pisang kan rapat-rapat. pastu susun daun pisang atas bumbung khemah, dah.. settle.. lantai? aku rembat je tikar getah yang mak aku sangkut kat pagar rumah. done! bumbung dah siap, takkan nak duduk je. so, aku naik atas rumah, bawa 3 pinggan nasi dengan lauk, Siap! dah makan, hantar balik pinggan kotor naik ke rumah. aku tak berani tinggal, takut nanti mak aku marah. hal batang ubi dia tak sempat berpucuk aku dah kerjakan, dah confirm confirm dia marah, jangan tambah dengan tinggal pinggan kat khemah,
mak aku tak kisah sangat aku dengan Ne dan No. dia tau kemana pun aku pergi, mesti bertiga. aku ingat lagi antara aktiviti yang aku buat ialah panjat pokok belimbing belakang rumah mok teh. tinggi tak yah cakapla. tapi pokok belimbing tu kurus je. seb baik aku tak jatuh. setakat lepak atas pokok limau bali kat belakang rumah aku, tu perkara biasa sebab pokok tu rapat sangat dengan pintu dapur.
petang-petang kitorang bergabung dengan budak-budak lelaki main baling tin. susun la tin-tin susu bertingkat-tingkat, pastu baling dengan selipar. kalau selipar korang hilang, carila kat halaman rumah mok teh. mesti ada kat sana. kadang-kadang main ketuk kepala ayam. apa lagi? yang tu je kot aku ingat.
bab-bab berjalan keliling kampung mmg favourite aku. tak rasa penat kayuh basikal pergi sampai naik bukit mana tah. pernah sekali tu aku ikut Nor tengok kambing mak dia seberang jalan kat tepi rumah Cik samsiah. masa nak melintas tu, aku dengar bunyi motor. jauh lagi. aku dengan lenggang kangkongnya melintas. sedar-sedar aku dah tercampak atas pokok bunga pagar tepi jalan tu. kaki aku luka, tangan. tak teruk sangat kot. cuma buku lali je nampak teruk sikit. berdarah.. Hah darah??? aku cederea parah!!!! takdela... tak la teruk mana. kesian pulak tengok pakcik yang langgar aku tu. pecah plastik gula dia. dia tanya aku ok ke, aku kata ok je.
pastu aku berjalan kaki balik rumah. lepas cuci kaki dan muka, perlahan-lahan aku masuk selimut kat bilik. aku memang macam ni. bila terkejut, aku mesti diam je. masuk selimut tu perangai semulajadi kot. aku selimut sampai tertidur. tengah-tengah tidur, mak aku kejutkan. dia kata dia nampak darah menitis dari bilik air ke bilik aku. kantoi. masa tu a Pakcik zin datang bawa ubat luka untuk aku dan datang minta maaf dengan mak ayah aku. mak ayah aku tak marah sebab dia tau anak dia ni tak reti duduk diam. lepas tu aku kena marah dengan mak. dahla luka kat kaki, kena marah.. oo.. luka di hati pulak. padan muka aku. sape suruh tak reti dok diam. aku tunduk je, dengar tak dengar sampai tertidur...
dalam masa aku membesar, macam-macam hal berlaku. tapi bab cemburu dengan kakak aku memang diakui. kakak aku tu duduk dengan nenek kat kampung. dia jarang-jarang balik. sekali sekala dia balik rumah, mesti gaduh dengan aku. opps, bukan gaduh. tapi aku kerjakan dia. jahat betul aku ni. aku tak ingat perkara ni, tapi mak aku pernah cakap yang aku pernah tolak kakak aku jatuh tangga. kesian dia. jahatnya aku. sorry ampun kak. kalau aku berakal masa tu, mesti aku tak tolak dia. harap-harap dia maafkan aku sebelum aku mati.
pernah sekali tu dia baru je sampai kat rumah. aku terus marah kat dia, entah apa yang aku marah, aku tak ingat. tapi yang pasti aku marah dan membebel-bebel. kebetulan masa tu musim buah. keliling rumah aku ada banyak pokok rambutan. jadi, lepas aku bising-bising, aku pegi panjat pokok rambutan tepi rumah. makan isi dan baling kulit ke tanah. tak lama tu, kakak aku datang. ish.. syaitan mana yang merasuk jahatnya aku, aku baling dia dengan rambutan. bukan kulit rambutan tau. buah rambutan dengan isinya skali. Astaghfirullahaladzimm.. insaf aku. kenapa la aku jahat sangat masa tu? sakit siol .....kena baling dengan buah rambutan. tu belum lagi entah ada kerengga ke tak... ish ish ish...
apapun, kat sini aku nak minta maaf pada kakak aku. diala satu satunya kakak aku. dunia dan akhirat penawar dan racun. dia cukup sabar dengan segala karenah aku dari kecik berhingus sampai besar dan cantik (hahaha.. perasan aje). dia sentiasa ada ketika aku memerlukan. dia pengganti ibu.
semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidupnya. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
dan untuk kawan-kawan aku No dan Ne. dua dua kat kuantan sekarang bersama keluarga tercinta. aku juga minta maaf andai semasa persahabatan kita (confirm 200% mesti ada) salah dan silap aku kat korang. kita bukan jahat. cuma N.A.K.A.L
No comments:
Post a Comment